Friday, November 27, 2009

Hormat Pengakap

Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
SALAM PENGAKAP
SEJARAH PENGAKAP

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan]
HORMAT PENGAKAP

Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.


PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA


Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'. Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia. Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap. Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU

Cogan Kata Pengakap

Cogan kata yang menjadi moto pengakap
1. Pengakap Kanak-kanak ---- BUAT HABIS BAIK ( TRY YOU BEST)
2. Pengakap Muda ---- SELALU BERSEDIA (BE PREPARED)
3. Pengakap Remaja ---- PANDANG LUAS (LOOK WIDE)4. Pengakap Kelana ---- BERKHIDMAT (FOREVER SERVICE)



SIMPULAN DAN IKATAN




BUKU SILAK
Kegunaannya : -Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal
SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
LILIT BALAK
Kegunaannya : -Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
Cerita Hutan

AKELA
Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.
Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.

MOWGLI
Mowgli Menjadi Anak Serigala
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.
Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.



MOWGLI
Berguru Kepada Baloo
Bapa Serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain segala rahsia hutan, mengenai segala binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan dan cuaca. Baloo pula mengajarnya Undang-undang Hutan sementara Bagheera selalu bermain-main dengannya dan memanjakannya.
Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar Undang-undang yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit sebanyak mereka tak mahu belajar lagi.
Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan yang sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta merbahaya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli boleh berhubung dengan mereka dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan damai.
Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan lain daripada kumpulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik kumpulannya.
"Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain," kata Baloo, "kita mestilah berkata begini:'benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar!' Binatang-binatang di kawasan itu akan menjawab: 'Berburulah untuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka'."
Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang memerhatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli kerap juga calar-calar terkena kukunya.
"Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku yang mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu terlebih dahulu," kata Baloo. "Saya mengajarnya Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam hutan."
Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta pertolongan dengan sesiapa sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakanya.
Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga Mowgli berkawan dengan Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.

Thursday, November 26, 2009

UNDANG-UNDANG PENGAKAP (Malay Version of The Scout Laws)
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah waijip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkay dan ugamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi perkertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,Saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya-upaya saya akan "Taat kepada Tuhan,Raja dan negara,Menolong Orang pada setiap masa,Menurut undang-undang pengakap."
Lambang Pengakap Dunia
1.
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii)Menolong orang pada setiap masaiii)Menurut undang-undang pengakap
2.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3.
Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4.
Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5.
Warna ungu - kepimpinan
6.
Warna putih - kesucian dan kebersihan.

Lambang Pengakap Malaysia
1.
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii)Menolong orang pada setiap masaiii)Menurut undang-undang pengakap
2.
Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
3.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
4.
Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
5.
Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
6.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
7.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Wednesday, November 25, 2009

Pengenalan

Ahli kumpulan :
Lee Lai Kean
Soon Yee Joo
Chin Swee Fang
Tiew Ee Hui